About Contact Hantu Maklok Halus Blackout Privacy Policy Blog

Hero Image Using Flex

Maklok Ghaib Ada Dimana-mana Sahaja

Mereka telah wujud sebelum kita beritahun yang lalu.

Dikalangan mereka ada yang baik dan ada yang jahat dan suka menyangkat manusia!

Related Article Tag
Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts

Diganggu Hantu Kucing

Dikampung, benda benda ghaib dan penyakat manusia,memang sentiasa ada. Percaya atau tidak terpulang pada anda, kerana ramai tak pernah alami, kalau dah kena sekali baru tau.

Cerita Pendek
Diganggu Hnatu Berupa Seekor Kucing

 

Tapi percaya tak percaya, masyarakat kota tak juga berani nonton filem seram kat pawagam.

Entah mengapa aku, hari itu aku sanggup pula balik awal pagi ke kampung, biasanya aku tunggu cerah dahulu. Dari bandar kecil aku menaiki kereta sapu ke kampung, mengambil masa dalam 15 minit. Setiba di kampung, iaitu di jalan besar, aku berhenti dan akan memulakan dengan berjalan kaki.

Oleh kerana terlalu pagi dan masih gelap, dan belom subuh pulak tuh, so aku hanya duduk ditepi jalan, berdekatan sebuah rumah orang kampung. Lega hati makcik tuh dah buka kedai/gerai kecil. Itulah masalahnya, aku tak pula berfikir kenapa rumah gelap dan kedai ditepi cerah, dan nampak macam ada orang.

Tiba tiba seekor anak kucing mengiaw giaw dikaki ku, aku cuba tolak tolak menggunakan kaki, kucing tadi masih mengiaw giaw dan menggesel badannya ke pergelangan betis ku. Comel pula anak kucing hitam nih, bisik aku, terfikir ja nak bawak balik, tapi aku rasa itu kucing milik tuan rumah tuh.

Sudah 2 batang habis aku hisap rokok, rasa boring plak duduk ditepi jalan nih, aku pon melangkah menuju jalan kecil yang samar samar nampak jalan,

Tiba tiba anak kucing tadi mengikut aku, tapi bukan dibelakang, tapi disebelah kiri aku dalam semak samun, dia mengiaw giaw. Sampai dipertengahan jalan kucing tadi masih mengiaw giaw kat sebelah, aku  uat bodo  ja. Sampai disatu tempat aku rasa tak confident dengan kucing tadi, macam mana dia boleh berjalan seiring dengan aku, sedangkan ada semak samun dan tembok dinding rumah orang, macam mana dia melintas bisik hati ku.

Lalu aku berhenti sekejap, menoleh kearah suara anak kucing tadi dan dia mengiaw dengan lembut, hiaran pula aku, kenapa dia tak ikut dibelakang aku ja, kalau nak ikut? Aku berhenti dia berhenti berjalan. dan mengiaw giaw pula dalam semak samun.

Aku teruskan berjalan, apa lagi suara kucing tadi mengiaw giaw makin kuat, aku rasa dah serabai, bulu roma berdiri, terasa bulu leher mengembang, nak berlari itu kerja lagi tak elok, so aku confident berani serta membuka lampu dari handphone lama, masa tuh android belum tercipta. Tau tau ja lah cahaya lampu handphone, malap semacam.



 

Aku tak henti henti baca ayat suci al qur'an yang aku ingat, dan suara kucing mengiaw masih kedengaran, aku confirm ini bukan kucing, mesti "SETAN" sebab aku sudah sampai ke satu halamam rumah sebuah penduduk kmapung yang berpagar pagar dan halaman rumah tersebut terang tanpa sampah, pepohon, dan kucing tersebut mengiaw giaw seolah olah berada de belakang rumah tersebut iaitu hampir diselekoh yang mana sepatutnya aku lalui.

Nampaknya dia dahulu sampai sebelum aku! Aku dah mula "cuak" aku beranikan diri berjalan juga hingga ke selekoh dan memasuki kawasan sanak saudara aku, lega rasa, tapi rumah masih kedepan.

Ya kucing tadi masih mengiaw giaw, kali ini dalam hutan tebal, tapi kedengaran sungguh jelas, seolah olah ada ja kat sebelah aku.

Setelah sampai dihadapan rumah sepupu aku, memang rumah masih gelap, tak ada lagi bangkit tidur, tapi aku rasa berani sikit. Di siru aku berhenti dan membaca surah Ayat Qursi, kucing tersebut masih mengiaw tapi macam sedih suaranya. Aku boleh agak dia berhenti kat hutan betul betul dekat pohoh pulau dan pokok-pokok yang lain.

Yang aku hairan, suara mengiaw nya seolah dia berada jauh dari aku, tapi kenapa suara dia jelas, bukankah ia masih anak kucing? Dari jalan besar hingga ke kawasan pendalaman dia ikut aku. itu sudah melampau. So terus melangkah dan dia masih mengiaw dan kali dia tak bergerak, seolah dia sudah berenti, tapi masih mengiaw giaw.

Leganya aku sudah sampai ke rumah aku dipagi yang penuh gelap. Hnatu kucing tadi telah berenti dalam hutan dan tak kedengaran lagi suara dia.


Person Editor By: Flynns

Digantung Sampai Mati

KisahSeorang janda dan dua lelaki dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi mensabitkan mereka dengan kesalahan membunuh seorang lelaki tiga tahun lalu, yang mayatnya masih belum ditemui sehingga kini.

Penjara Pudu

Hakim Datuk Abdul Halim Aman, membuat keputusan itu terhadap Siti Nor Asiah Abdul Wahab, 28; Mohd Zulhiami Md Darus, 33, dan Muhammad Rahmat Nazarudin, 25, yang didakwa membunuh Muhammad Fairul Haqimmie Mokhtar pada 29 Ogos 2016.



Abdul Halim ketika membaca keputusan, berkata pembelaan ketiga-tiga tertuduh secara keterangan bersumpah dalam kandang saksi adalah berbentuk rekaan dan penafian semata-mata.

Abdul Halim turut menyifatkan perbuatan dilakukan semua tertuduh adalah kejam, teruk dan tidak berperikemanusiaan, selain perbuatan itu dilakukan dengan niat mematikan mangsa.

“Melihat situasi ini, keterangan ditampilkan saksi ketujuh pendakwaan iaitu seorang saksi mata, jelas menyatakan dia nampak tertuduh ketiga (Muhammad Rahmat) memukul kuat kepala si mati dengan kayu hingga menyebabkan kayu berkenaan patah.

“Si mati dalam keadaan terbaring. Dia (saksi ketujuh) kata nampak si mati rebah menggelupur dan nampak darah di lantai serta dinding akibat pukulan itu.

“Sebelum si mati pengsan, saksi nampak Siti Nor Asiah dan Muhammad Rahmat berbincang, malah Siti Nor Asiah mencadangkan mayat dibungkus dengan tilam. Muhammad Rahmat memberitahu saksi, dia memukul si mati atas upah duit yang ditawarkan Siti Nor Asiah,” katanya.

Berikutan itu, Abdul Halim memerintahkan semua tertuduh digantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, seperti tuduhan dihadapi mereka.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Zulhiami dan Siti Nor Asiah didakwa bersubahat bersama Muhammad Rahmat membunuh Mohammad Fairul Haqiemie, antara jam 12.30 tengah malam hingga 1 pagi pada 29 Ogos 2016 di sebuah pangsapuri di Jalan Dato Yusof Shahbudin 3 Taman Sentosa Klang.

Muhammad Rahmat juga turut didakwa membunuh Mohammad Fairul Haqiemie pada jam 4 pagi, di lokasi dan hari sama.

Sepanjang prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datin Zuraini Abdul Razak, seramai 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dan 41 eksibit dikemukakan.

Person Editor: Flynns

Hantu Pudu

Hantu Penjara Pudu, pantas kita mengaitkannya dengan pelbagai kisah hitam yang kita baca dan dengari selain daripada menjadi pusat tahanan banduan terbesar negara satu ketika dahulu. Tidak hairan jika hantu benar-benar ada di situ, kerana asal usul tapaknya.

Penjara Pudu Kuala Lumpur

 


Sebelum mula dibina pada 1891, tapak Penjara Pudu seluas 8.9 hektar itu asalnya adalah bekas tempat perkuburan Cina Jalan Shaw, kini Jalan Hang Tuah. Ia siap sepenuhnya pada 1895 hasil kerahan keringat para banduan yang akhirnya menjadi penghuni kepada 'rumah' yang mereka bina itu.

Pembinaannya bermula dengan struktur tembok sepanjang 394 meter dan setinggi 4.5 meter. Pada 1984, tembok itu dihias mural lukisan sepanjang 860 x 16 kaki oleh seorang banduan bernama Khong Yen Chong.

Mural itu tidak dapat disiapkan Yen Chong semasa menjadi banduan. Bagaimanapun selepas dibebaskan, dia kembali secara sukarela untuk menyiapkan mural tersebut yang kemudian diiktiraf Guinness World Record sebagai lukisan mural paling panjang di dunia.

Ia mengandungi 240 yang terbahagi kepada empat blok -A, B, C dan D. 2,000 orang banduan boleh dimuatkan pada satu-satu masa, namun pada 1985 penghuni penjara ini melebihi 6,500 orang - tiga kali ganda kapasitinya. Keadaan itu menyebabkan banduan terpaksa tidur secara bergilir, malah ada yang mengambil kesempatan untuk meloloskan diri.

Bilik-biliknya kecil dan gelap, hanya ada tingkap sebesar kotak kasut dan tiada jamban. Setiap bilik hanya dibekalkan dengan sebuah tong najis kecil berwarna hitam yang wajib diangkut dan dibersihkan pada setiap pagi ketika mereka diberi masa untuk keluar mengambil udara di perkarangan penjara.

Jabatan Penjara Malaysia merekodkan seramai 180 pesalah telah digantung sampai mati atas pelbagai kesalahan di Penjara Pudu sejak tahun 1960 sehinggalah ia ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 1996 selepas 101 tahun. Ibu pejabat Jabatan Penjara Malaysia dipindahkan ke Penjara Kajang bersama para tahanan yang juga ditempatkan ke Penjara Sungai Buloh.

Penjara Pudu kemudian dibuka kepada orang awam bermula 3 Mei 1997 dengan yuran kemasukan RM12, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindahkan. Lebih RM1.7 juta dibelanjakan untuk mengubah suai kompleks penjara itu menjadi pusat tarikan pelancong.

Ia pada masa sama turut digunakan sebagai tempat tahanan hari untuk banduan yang sedang menjalani perbicaraan sehinggalah pada Jun 2009, kerajaan memutuskan supaya kompleks penjara tersebut dirobohkan secara berperingkat. Ia sudah pasti mendapat tentangan pelbagai pihak terutamanya para pejuang warisan dan sejarah negara.

Ahli Parlimen Bukit Bintang ketika itu, Fong Kui Lun (DAP) mempersoalkan mengapa Penjara Pudu tidak dikekalkan dan dijadikan sebagai salah satu monumen warisan sejarah negara. Ia dijawab Timbalan Menteri Kewangan ketika itu, Awang Adek Hussain (UMNO) bahawa "pada pendapat kami, ia (Penjara Pudu) bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan."

Walhal sebenarnya tapak tersebut mahu dibangunkan sebagai sebuah lagi kompleks perniagaan dan pejabat. Selepas dirobohkan sepenuhnya pada Disember 2012, tapak Penjara Pudu kini sedang diusahakan oleh UDA Holdings menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) dengan kos projek bernilai AS$ 1 bilion.

Begitulah nasib kompleks penjara tertua di Malaysia yang menyimpan pelbagai kisah dalam lipatan tebal sejarahnya. Penjara ini menjadi saksi pelbagai peristiwa, termasuk rusuhan pada 1986 dan tempat dua penjenayah tersohor negara, Botak Chin dan Mona Fendi digantung sampai mati.

Sepanjang sekurun operasinya, ia menjadi saksi pelbagai kisah hitam. Macam-macam cerita daripada mereka yang pernah bertugas di penjara ini khususnya pada warden, dari cerita pengalaman mengendalikan para banduan sehinggalah ke cerita paranormal yang menobatkan Penjara Pudu sebagai antara tempat paling keras di negara ini.

Ada yang mendakwa mendengar rintihan, lolongan, jeritan, dan tidak kurang juga yang terlihat malah berdepan dan diganggu kelibat dan entiti yang menyeramkan. Antara cerita yang masyhur adalah potret banduan akhir yang bercahaya, pelbagai siri penampakan dan gangguan di bilik akhir di blok D dan kerasnya sel perhatian khas. Sejauh mana kebenarannya, hanya mereka yang pernah mengalaminya sendiri sahaja yang tahu.

Dari jirat Cina menjadi kompleks penjara yang menjadi tempat terakhir jiwa-jiwa terlaknat, kini sedang dibangunkan kompleks beli belah. Entah apa agaknya kisah yang bakal 'menghantui' BBCC apabila ia siap nanti.

Person Editor: Flynns

Berselisih Dengan Hantu - kisah Benar

Tiba-tiba, perut ku meragam, tak boleh tahan, biasanya aku akan tahan untuk melepas, jika terasa dalam waktu yang sunyi atau masih gelap, kan ku tunggu jugak sampai cerah, Tapi pagi itu memang tak boleh tahan, kalau tahan lama lama memang aku melepas kat lantai.

Kemunculan IMAM MAHDI

The Time - banyak sekali tanda-tanda kiamat yang disabdakan Rasulullah saw akan terjadi. Salah satu tanda-tanda kiamat yaitu munculnya Imam Mahdi.

Imam Mahdi

Kisah Penjara Pudu Berhantu

Penjara PUDU mula dibina oleh Kerajaan Inggeris pada 1891 dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. Ketika itu ia dkatakan salah sebuah penjara termoden di dunia, mempunyai 600 bilik tahanan. la dibina di kawasan Hutan Pudu seluas 10 hektar di tapak perkuburan Cina. la diambilalih oleh tentera Jepan yang memerintah Malaya dari tahun 1941-1045.

Penjara Pudu didirikan pada tahun 1895 - Penjara ini pernah dikaitkan denga kisah seram dan berhantu, kini dirikan pusat membelibelah, pangsapuri, hotel

Hilangnya Portrait 100 Tahun Di Penjara Pudu

Dolahbukan nama sebenarnya, memberitahu, warden tersebut yang merupakan sahabatnya mendakwa, warden-warden penjara selalu menerima gangguan di pondok kawalan mereka bertugas.“Di pondok kawalan inilah ramai warden yang bertugas pada waktu malam selalu menerima gangguan. Ada ketikanya kerusi dalam pondok kawalan ini terbang keluar seolah-olah dibaling atau dicampak keluar oleh seseorang, walhal pada masa itu tiada siapa di dalamnya,” kata Ahmad kepada Jurnal baru-baru ini.

Koleksi Cerpen dan Novel

Ada kisah yang benar serta ada kisah rekaan.

Stay tune bersama kami rakan CerpenJer

Iklan1
Iklan2
Iklan3
Iklan4

Nota

Cerpen, Novel, Kisah Benar, Mystery dalam blog ini adalah terpelihara.

Topic Archive

Blog
Alam Tikus
Blog
Blog
Blog
All substance on this site, including lexicon, thesaurus, writing, topography, and other reference information is for instructive purposes as it were. This data ought not be viewed as entire, breakthrough, and isn't proposed to be utilized as a part of place of a visit, meeting, or guidance of a legitimate, therapeutic, or some other expert.
Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus

Blog Cerpen, Compatible view with, Chrome, Firefox, Internet Explorer, Apple and more, as well Best view for Mobile or All type of Tab

Copyright © - All Right Reserved Template By Filmadia